Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(18)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaBatang kepaya dibuat tongkat, Salah pegang jatuh terlipat; Kalau berniaga tak tengok tempat, Modal habis untung tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaSemenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.
Kurik Kundi Merah SagaGiling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri?
Kurik Kundi Merah SagaBatang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan.
123456

Kembali ke atas