Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia dibungkus dengan kain, Hendak dibubuh dalam raga; Boleh saya cari yang lain, Tapi tak dapat seperti dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak menahan taut, Joran dicacak di tepi kolam; Asal ikan tempat di laut, Kenapa masak dibubuh garam? |