Kurik Kundi Merah Saga | Jangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina bermain ceki, Baju dibuka tinggal seluar; Kalau sudah bukan rezeki, Di dalam mulut lari keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati. |