Kurik Kundi Merah Saga | Disandarlah batang tabungku, Batang katir berduri-duri; Didengar akan bunyi pantunku, Tidak terfikir badan sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang dagang makan di dulang, Sayang kerbau beri bertali; Dari malu didengar orang, Baik kulangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang-alang mandi di dulang, Sayang keroncong beri bertali; Alang-alang didengar orang, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya ke hulu menebang lalang, Padi muda pancung ke kiri; Apa dimalu didengar orang, Badanku muda berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang. |