Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diharap

Puisi
 

Apa diharap pada padi,
     Tinggi rumput dari ruang;
Apa diharap pada kami,
     Budi tiada bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Mulut manis jangan percaya,
     lepas daripada tangan jangan diharap.

Bermaksud :

Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap padi di paya, Dimakan beruk dengan siamang; Jangan diharap kepadanya saya, Rupa buruk bangsanya kurang.
12345

Kembali ke atas