Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mandi kuda di tepi kolam, Sudah mandi bawa pulang; Sungguh ada senjata tajam, Mahu dihiris daging dan tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa lauk nasi di rumah, Ikan bilis beli di pekan; Tuan umpama senjata yang lemah, Apa dihiris haram tak makan. |