Kurik Kundi Merah Saga | Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang. |