Kurik Kundi Merah Saga | Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjaring kilat menyolak, Dapat seekor ikan puput; Orang biring saya jalak, Tuan saya jangan diikut. |