Kurik Kundi Merah Saga | Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. |