| Kurik Kundi Merah Saga | Sarang bubut di dalam bunga, Dijolok mari sama pungkahnya; Mati merumput mentimunku berbunga, Sudah dijolok orang empunya, |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa dijolok buah kundang, Isinya putih manisnya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entah kasih entahkan tidak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pauh dahannya rendang, Buah mengkudu dijolok nyonya; Adik jauh memang dikenang, Hati rindu apa ubatnya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Odak-odak Pulau Kuraman, Tempat burung singgah berhenti; Hendak dijolok bunga di taman, Belumlah dapat belum berhenti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Datang sudah kapal suluk, Singgah merapat Sandakan; Berapa tinggi bunga dijolok, Baik budi mendapatkan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail tepi teluk, Dapat seekor ikan tenggiri; Jangan gegar jangan dijolok, Biar masak gugur sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina memasang colok, Pergi ke pasar membeli pari; Jangan gegar jangan dijolok, Kerana buah muda lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |