Kuntum Pertiwi Buku 3 | Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Asiah membelah kelapa, Masak sembilang dikata tenggiri; Rindu susah bayang siapa, Bayang tak bayang hati sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit pergi seberang, Padi muda dilurut kera; Sakit hati dikata orang, Tak boleh pagi petang kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang ke kota berulam pauh, Sampan Mak Munah saya layarkan; Tidak peduli dikata jauh, Kalau setanah saya jalankan. |