| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh dalam dulang, Dikirim orang kampung hulu; Walau jauh di negeri orang, Doa restu kirim selalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |