Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diletak

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Diletak budak di atas peti;
Hutang emas dapat dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPasir Raja diletak papan, Kuala Jengal diletak besi; Pasir Raja tempat mencari makan, Kuala Jengal tempat mati.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaSedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar.
Kurik Kundi Merah SagaBawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga.
Kurik Kundi Merah SagaPotong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaBakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.
Kurik Kundi Merah SagaSampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.

Kembali ke atas