| Kurik Kundi Merah Saga | Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Salam-salam wa alaikum salam, Sirih dilipat dengan di dalam; Apa jua khabar bunga di kolam, Pucuk menelek akar di dalam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun nanas daun nangka, Takkan boleh dilipat-lipat; Tuan emas saya tembaga, Takkan boleh dikerat-kerat. |