Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau buah masak di para, Kujolok juga walau setangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jangan dimakan sembarang, Buah di rimba banyak duri; Jangan mengharap tuahnya orang, Sampai ketika susah sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ketupat dimakan sahur, Belah empat taruh di dulang; Mana tempat hendakberhibur, Atas bakat bawah karang. |