Kurik Kundi Merah Saga | Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam butang berderai, Dipakai oleh si anak raja; Nyawa dan badan lagi bercerai, Inikan pula kasih dan cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji. |