| Kurik Kundi Merah Saga | Baik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. |