| Kurik Kundi Merah Saga | Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Putih pandai menjemur sisir, Sisir dijemur di atas padang; Gunung emas saya tak mungkir, Lewat sudah dipotong orang. |