Kurik Kundi Merah Saga | Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. |