Kurik Kundi Merah Saga | Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam. |