Kurik Kundi Merah Saga | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. |