Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambar

Puisi
 

Pisang pendek disambar helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Dagang terselit di tempat orang,
     Baiklah fikir membawa diri.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ayam ditambat disambar elang,
     padi di tangan tumbuh lalang.

Bermaksud :

Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJemur padi di tanah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan disambar orang.
Kurik Kundi Merah SagaPisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaDukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung cak jatuh ke paya, Disambar enggang sambil melompat; Jangan diharap kepada saya, Dagang yang hina tidak bertempat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terbang ke hutan, Disambar buaya patah kakinya; Bunga cantik jadi suntingan, Tak sangka begini harum baunya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak siput di atas batang, Mati disambar ikan yu; Ribut datang dari belakang, Kusentap layar bertambah laju.
Kurik Kundi Merah SagaPuput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali mengail sotong, Ikan todak disambar buaya; Putus hati hendak bergantung, Tuan tak hendak apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun sepuluh, Mati seekor disambar helang; Kalau tuan berani sungguh, Rebutlah aku di tangan orang.
12

Kembali ke atas