Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambung

Puisi
 

Galah tak sampai disambung dua,
     Lancang tenggelam kita berenang;
Boleh jumpa dengan orang tua,
     Boleh abang kira meminang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Putus tali boleh disambung,
     patah arang mudah (= putus) sekali.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTitik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.
Kurik Kundi Merah SagaGalah tak sampai disambung dua, Lancang tenggelam kita berenang; Boleh jumpa dengan orang tua, Boleh abang kira meminang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang bertali benang, Putus disambung tali belati; Siang malam duduk mengenang, Orang dikenang tak ambil peduli.
Kurik Kundi Merah SagaLancang hanyut di Kuala Linggi, Galah tak sampai disambung dua; Kalau tiada abang siapa lagi, Boleh berjumpa dengan orang tua.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Kurik Kundi Merah SagaRebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali.
Kurik Kundi Merah SagaJerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.
Kurik Kundi Merah SagaDari Silak ke Tanjung Tabung, Air hitam berulang mandi; Panjang dikerat pendek disambung, Si hitam manis tinggal ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu.
12

Kembali ke atas