Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disuruh

Puisi
 

Anak raja di tepi telaga,
     Disuruh duduk untuk berhibur;
Jikalau ada kasih dan jiwa,
     Tidur berdua tidak berlunjur.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAbang sayang disuruh panggilkan, Suruh nyanyi kena suruh; Seperti pungguk rindukan bulan, Disuruh jatuh tak akan jatuh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja di tepi telaga, Disuruh duduk untuk berhibur; Jikalau ada kasih dan jiwa, Tidur berdua tidak berlunjur.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaJika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.
Kurik Kundi Merah SagaAku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaBapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit membeli lada, Lada sebiji dibelah tujuh; Apa disakit berbini tua, Anak tiri boleh disuruh.
12

Kembali ke atas