Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali.
Kurik Kundi Merah SagaDatang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi menanam selasih, Selasih ditanam di hujung serambi; Bagailah mana hati tak kasih, Kerana tuan baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaMarilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaJebak-jebak tanam selasih, Mari ditanam sudut laman; Orang muda jangan berkasih, Kalau berkasih dibuat teman.
Kurik Kundi Merah SagaHutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti.
123

Kembali ke atas