Kurik Kundi Merah Saga | Ribu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Remuk redam kapal di tanjung, Habis pecah diamuk badak; Rindu dendam sama ditanggung, Hendak menangis bukan budak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung. |