Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditelan

Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan bernama todak, Mati puput ditelan tenggiri; Sakitnya tuan dilambung ombak, Nyawa bersangkut di sauh besi.
Kurik Kundi Merah SagaCantik sungguh buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Ditelan pahit diluah sayang, Sakit sungguh tanggungan badan.
Kurik Kundi Merah SagaPohon temak akar pun temak, Gugur di kuala bunga sekuntum; Diluah bapa ditelan emak, Sampai bila hendak dikulum?
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan.

Kembali ke atas