Kurik Kundi Merah Saga | Telur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak ruang ruang selasih, Jangan ditumbuk ditimba lagi; Nak buang buanglah kasih, Jangan disebut sapa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. |