Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditimpa

Puisi
 

Batu belah pecah seratus,
     Pecah ditimpa kayu berangan;
Demi Allah setelah kutulus,
     Sebelum berjanji lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Bermaksud :

Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(20)

402

Misfortunes seldom come alone

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(28)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpa si ranting pauh; Nak tidur tidurlah mata, Jangan dicinta orang yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaBatu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBatang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaPokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna.
Kurik Kundi Merah SagaPatah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.
Kurik Kundi Merah SagaCekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang.
Kurik Kundi Merah SagaPatah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja pergi menyumpit, Pergi menyumpit pagi hari; Kalau paya menjadi bukit, Ditimpa hujan roboh sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diusik kerbau jalang, Jika digesel rebah juga; Kalau nasib memang malang, Sudah jatuh ditimpa tangga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang jatuh ke paya, Pokok pauh bernama mangga; Apalah malang nasib saya, Sudah jatuh ditimpa tangga.
12

Kembali ke atas