Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditiup

Puisi
 

Panglima raja mudik bergalah,
     Ditiup angin selatan daya;
Laut darat dijadikan Allah,
     Asam manis semua serupa.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti panji-panji ditiup angin.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBergoncang pohon ditiup angin, Habis luruh si buah saga; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung nampak jua.
Kurik Kundi Merah SagaPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.
Kurik Kundi Merah SagaBungasena di hujung ranting, Ditiup angin gugur ke lain; Jika bunga tak hendak disunting, Boleh dibuat peraksi kain.
Kurik Kundi Merah SagaHari Khamis rajangnya Rahu, Ditiup angin luruh bunganya; Adik seorang yang saya rindu, Orang yang lain apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaDaun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang.
12

Kembali ke atas