Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini janganlah dituba, Kalau dituba ikan tak mati; Yang ini janganlah dicuba, Kalau dicuba berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Melayu mandi betangar, Betangar mari kain kesumba; Hutan kayu dapat digegar, Ikan di sungai mati dituba. |