Kurik Kundi Merah Saga | Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. |