Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa;

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaRaja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.
Kurik Kundi Merah SagaGesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun enam, Satu mati tinggal lima; Minta doa tetapkan iman, Minta mati dalam agama.
Kurik Kundi Merah SagaCari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis.
Kurik Kundi Merah SagaHai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah.
12

Kembali ke atas