Kurik Kundi Merah Saga | Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa. |