Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua.dua] | دوا٢

Definisi : dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua-dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)

528

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Dua kali dua empat

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : sekali tiga wang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(82)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaMana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi dua kali mentah, Dua kali alih tungku; Dapat batu intan bertatah, Batu delima terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun.
12345678910...

Kembali ke atas