Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk I.

Puisi
 

Duduk-duduk menggali lubang,
     Dalam lubang pasang pelita;
Duduk-duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Berdiri sama tinggi,
     duduk sama rendah.

Bermaksud :

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut.
Kurik Kundi Merah SagaSaja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk-duduk di tepi pantai, Ambil joran pancing selampai; Kumbang bersengat kalau sampai, Memang layu bunga di tangkai.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Muda duduk beratus, Apa duduk dibangkang jangan; Jahit sudah kelim tak terus, Selalu jarum patah di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaMak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.
Kurik Kundi Merah SagaAnak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar.
12345678910...

Kembali ke atas