Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang tanam mengkuang, Nanti berduri tak akan berduri; Petang-petang duk tengok abang, Nanti mari tidak mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang. |