Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.sun] | دوسون

Definisi : 1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan; berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya; jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, harus­lah ~ itu dibuangkan prb orang yg menye­babkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan; berdusun mempunyai dusun (buah-buahan); pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : suku kaum di Sabah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.sun] | دوسون

Definisi : 1 kampung yg jauh dr pekan: Saya tinggal di ~ dekat Ulu Kelantan. 2 kebun buah-buahan: Di ~ bapa saya, ada banyak pokok durian dan pokok manggis. pedusunan kawasan atau daerah dusun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusun

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka.
Kurik Kundi Merah SagaApi-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.
Kurik Kundi Merah SagaApi-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak harimau di dalam dusun, Rusa tersepit di celah pandan; Cari bomoh serta dukun, Bertambah bisa penyakit di badan.
Kurik Kundi Merah SagaKacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.
Kurik Kundi Merah SagaTerkelip-kelip api di dusun, Anak Cina bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terpanah di ekor mata.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di dusun, Anak keling bergelang kaca; Abang tak mati peluru dan racun, Mati terjeling si ekor mata.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di dusun, Anak keling bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Saya mati kerana cinta.
Kurik Kundi Merah SagaGajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak.
12

Kembali ke atas