Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat. |