Kurik Kundi Merah Saga | Elok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak kayuh saya kayuhkan, Budak-budak main perahu; Nak tangguh saya tangguhkan, Elok tak elok saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak? |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang. |