Kurik Kundi Merah Saga | Tumbuk emping padi melayang, Padi datang dari seberang; Bagaimana kami nak sayang, Kasih sudah diambil orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tahu emping basi, Orang mengail di dalam kali; Saya tahu dia benci, Saja tidak sedarkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. |