Kurik Kundi Merah Saga | Encik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |