Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya. |