Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik perahu belayar ke seberang, Menuju belukar menebang kayu; Bukan tak tahu zaman sekarang, Gaharu dibakar kemenyan berbau. |