Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.nas] | ݢانس

Definisi : 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.nas] | ݢانس

Definisi : 1 galak dan suka menyerang (umumnya binatang): Mereka berjaya menangkap dan mengurung harimau yg ~ itu. 2 selalu marah serta dgn bengisnya; tidak bertimbang rasa sama sekali: Raja itu sangat zalim dan ~. mengganas 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. keganasan keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. pengganasan perbuatan mengganas atau hal berlaku ganas: ~ komunis itu telah dpt dipatahkan oleh pasukan tentera. pengganas orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganas

Puisi
 

Buah papaya buah nanas,
     Masak sebiji seri gading;
Sungguh saya buaya ganas,
     Pilih juga darah dan daging.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas.
Kurik Kundi Merah SagaBuah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang seratus, Hinggap mari di pohon nanas; Hendak meniti jambatan putus, Hendak berenang buaya ganas.

Kembali ke atas