Kurik Kundi Merah Saga | Ikan gelama ikan duri, Tiga dengan ikan sembilang; Saya umpama rumput di bumi, Pagi dan petang dipijak orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail ikan gelama, Turun ribut datanglah takut; Air surut kapal hilir sama, Air pasang ia tersangkut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kisi ikan gelama, Pucuk pelampan bertaruk muda; Tuan pergi janganlah lama, Dapat tumpang baliklah juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi bukit Gunung Gelama, Jong berlabuh di Kuala Kedah; Adik pergi jangan lama, Baru ditinggal seminggu sudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu. |