Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang-gelang

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaGelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak orang gelang di tangan, Salah seorang gelang di kaki; Banyak orang mengata jangan, Saya seorang menurut hati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak gelang besi, Cik Sureh jual bunga; Kalau hendak bermati-mati, Sudah boleh apa hendak guna.
Kurik Kundi Merah SagaTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.
Kurik Kundi Merah SagaIntan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaApa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati.
Kurik Kundi Merah SagaTurun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi.
12

Kembali ke atas