Kurik Kundi Merah Saga | Cara mana memecah gelas, Gelas dipecah dalam telaga; Tuan laksana bunga nerejas, Bunga dicium dalam syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas. |