Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya beralur-alur kulitnya dan boleh dimakan), Garcinia atnoviridis; asam ~ asam keping; 2. = awan ~ alur (sbg ukiran);bergelugur mempunyai ukiran gelugur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya beralur-alur dan dpt dibuat asam), Garcinia spp.. 2 ukiran yg beralur-alur pd kaki meja dll. 3 lekuk atau alur memanjang pd aci (biasanya pd bahagian hujung) utk memungkinkan dua batang aci disambung dan berpusing serentak. bergelugur ada gelugurnya: Besi galvani ~ dijadikan bahan utk membuat bumbung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelugur

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Kena dengan asam rumbia;
Tuan menangis di pintu kubur,
     Rasa nak balik ke dunia.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding.
Kurik Kundi Merah SagaAsalnya kandis buah gelugur, Masak sebiji di pintu pagar; Duduk menangis di pintu kubur, Terkenang di dunia tidak belajar.
Kurik Kundi Merah SagaAsal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Belukar batang gelugur, Ambil galah pelepah jantung; Bentang tikar tempat tidur, Baik abang kira pantun.
Kurik Kundi Merah SagaTerung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaMali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur.
Kurik Kundi Merah SagaPohon selasih pohon kurma, Pulau belukar batang gelugur; Kita berkasih sudah lama, Bentang tikar tempat tidur.
Kurik Kundi Merah SagaTaruh mari di dalam kangkung, Lilit banyak di dahan gelugur; Kalau sudah bacang gantung, Sampai kering tak mahu gugur.

Kembali ke atas