Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma.la] | ݢمالا

Definisi : batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ma.la] | ݢمالا

Definisi : batu yg diperoleh dr binatang dan dipercayai banyak khasiatnya. ~ hikmat batu yg sakti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemala

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.
Kurik Kundi Merah SagaCina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga.
Kurik Kundi Merah SagaNiat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaMana nak lepas lautan api, Intan gemala di mulut naga; Kalau mendapat kehendak hati, Mahal murah saya tak kira.
Kurik Kundi Merah SagaHitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.
Kurik Kundi Merah SagaAsuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.

Kembali ke atas